Thursday, November 18, 2010

Tayangan Filem 2 Alam Bermula 18 November 2010!

To those who read my blog,


Hari ini akan bermulalah satu sejarah. Filem 2 Alam terbitan Dr Rozmey akan ditayangkan di seluruh pawagam bermula pada hari ini bersamaan dengan 18 November 2010.

Persoalannya, mampukah Dr Rozmey membuat kutipan sebanyak RM40 juta seperti mana yang diuar-uarkan oleh usahawan Jusmate yang dah pun bergelar jutawan ni?

Pada akulah, tak mustahil. Sebab Dr Rozmey akan cuba gunakan apa saja cara untuk mendapatkan kutipan sebanyak itu.

Kalau terpaksa beli tiket sendiri pun, aku rasa dia akan buat. Sebabnya, dia mungkin tak nak rasa malu.

Yelah, sebelum ni macam nak rak dia cakap yang dia nak buat kutipan sebanyak tu dan dia pun yakin betul dia boleh buat.

Jadi, inilah masa untuk kita melihat sejauh mana kebenaran kata-kata Dr Rozmey. So, good luck to you Dr Jusmate.

Tapi, yang aku kelakar sangat kenapa pulak Dr Rozmey ni suka sangat blocked few people daripada akaun twitter mahu pun facebook dia.

Kalau aku jadi Dr Rozmey, aku akan biarkan. Kalau orang kutuk sekalipun, so what? Sebab from kritikanlah kau akan belajar untuk memperbaiki diri. Lagipun, tak semua kritikan tu teruk sangat.

Tapi, kalau tak mahu terima kritikan langsung tu, pada aku susahlah. Sebab, kita hidup ni kena selalu berpijak di bumi yang nyata.

Kalau dah rasa diri kita tu hebat sangat sampai tak boleh terima kritikan orang, lebih baiklah duduk sorang-sorang jer.

Janganlah pulak terasa dengan apa yang aku cakap ni ya Dr Rozmey. Sebab sampai saat ini pun aku tak pernah dengar pun Dr Rozmey membidas kritikan orang tentang filem 2 Alam terbitannya itu secara bijak.

Maksud aku bijak dalam konteks ini adalah dari sudut bahasa dan ilmu filem tu sendiri. Balik-balik cakap orang dengki dengan perjuangan dia sebagai usahawan Melayu yang berjaya.

Wahai Dr Rozmey, forget about ur business. It has got nuthing to do with the filem making.

Yang orang persoalkan sekarang ialah tentang garapan filem ni. Kenapa banyak sangat scene atas katil yang sama yang diulang-ulang sampai lebih daripada 4 kali?

Bukan setakat tu jer, beberapa scene yang lain pun diulang-ulang jugak. Nampak sangat macam nak curi masa lebih masa supaya filem ni dapat dipanjangkan lagi.

Entahlah, kalau nak ikutkan banyak persoalan aku tentang 2 Alam ni. Sebab aku rasa macam tengok Forum Islam + dokumentari mandikan jenazah Islam + komedi + porno + mistik + video klip.

Kesian aku kat papa Rock Ramli Sarip. Penant-penat nyanyi lagu keinsafan, Demi Andai Ku Tahu yang dipopularkan oleh Ungu pada hujung cerita filem ni, alih-alih pelakon perempuan yang jadi pondan dalam filem ni pulak gantung diri.

Tak percaya, cuba korang tengok dan hayati lirik Andai Ku Tahu ni betul-betul?


Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Dalam lirik ni pun dah menyebut yang si pondan tu nak bertaubat dan takut dengan dosa-dosa dia. Tapi, masa lagu tu tengah playback, si pondan tu gantung diri. Kalau ikut hukum, bunuh diri tu satu dosa yang besar.

Jadi macam mana pulak orang yang nak bertaubat dan takit dengan dosa-dosanya tetiba buat lagi dosa yang besar? Bukankah ia dah bercanggah dengan maksud lagu tersebut?


Well, itu baru sedikit persoalan yang melelahkan aku tentang 2 Alam. Belum lagi, kalau aku mengupas yang lain-lain.

Ada juga teman-teman yang tanya aku, teruk sangat ke filem 2 Alam tu? Macam nilah wahai teman-teman, mengapa tidak korang sendiri yang menontonnya.

Tonton dan nilaikanlah sendiri. Sebab, setiap persepsi orang yang menonton itu tidak sama dan berbeza-beza.

Cuma satu saja yang ingin aku katakan, Good Luck pada yang menonton filem 2 Alam ini!




By
The Writer